main-main masak......

Jom main masak-masak..Nak masak ape? Ha, itu yang kita nak tahu..Ketam yang hubby beli bagai melambai-lambai dalam peti sejuk, freezer..Hurm masak apa ek sedap?
Nak masak Ketam gulai lomak cili api? Gulai lemak cili api ni rasa-rasanyer baik makan kat rumah mertua, sebab power lemaknyer..
So, ketam-ketam ni end up jadi ketam goreng bercili la. And, tak sangka best plak.(terpuji diri sendiri plak, hikhik....). Tapi tiada gambar yang diambil, sebab dah selamat dalam perut my hubby and I sat-sat lepas masak.. Resepi Ketam Goreng Bercili adalah seperti berikut:

Bahan-bahan:
  1. ketam - 4 ekor (siang, belah 2 dan dibersihkan, kemudian gaul dengan garam dan serbuk kunyit dan digoreng setengah masak)
  2. bawang merah - 5 ulas (dikisar)
  3. bawang putih - 3 ulas (dikisar)
  4. halia - 1/2 inci (dikisar)
  5. cili padi - 3 tangkai (dikisar)
  6. cili kering giling - 3 sudu besar (penuh-penuh)
  7. daun kunyit - sehelai (hiris halus)
  8. sos tiram, sos tomato, garam, gula dan perasa secukupnya.
 Cara masaknya:
  • tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar dan cili kering giling sehingga keluar minyak, terbit bau. 
  • kemudian, masukkan sedikit air agak-agak setengah cawan, sos tiram dan sos tomato secukupnya. (sekiranya ingin kuah lebih, masukkan air lebih sedikit.)
  • selepas kuah menggelegak, masukkan ketam yang telah digoreng dan gaul sehingga sebati.
  • perisakan dengan garam, gula dan bahan perasa secukup rasa.
  • taburkan daun kunyit yang telah dihiris ke dalam masakan ketam tadi.
  • gaul lagi sehingga terbit bau wangi daun kunyit.
Walla!!!!!!!
siap sudah.......jom makan dengan nasi putih panas-panas.