Wednesday, February 2, 2011

hai mata.....tido la..

penat..tp x mampu melelapkan mata..
terlalu banyak perkara yg terlintas di kepala dan hati..
kusut rasanyer..Ya Allah, Kau lenyapkanlah segala kekusutan ini..permudahkanlah segala urusan hambaMu ini..
********************************************
mungkin silap aku sendiri, suka memendam rasa..tp biarlah, padaku jika tiada hati yg terluka ianya amat berbaloi..
kadang-kadang aku rasa tamak dengan kehidupan ini..kala itu aku lupa di mana tempat yg aku pijak..aku lupa aku sebenarnya masih di bumi Allah..mudahnya aku menurut nafsu keduniaan..
aku akui betapa benar kata-kata seorang pakar motivasi; sebelum tidur maafkan lah semua orang di sekeliling kita..maafkan juga diri kita..
*******************************************
aku rasa malam ini aku belum memaafkan orang di sekeliling aku.dan diriku...patutlah...
-----maafkan saya Wan Hadhurah binti Wan Halim--------
mari lah kita berzikir, untung-untung dapat lelapkan mata..

Thursday, January 20, 2011

EASY CHEESY BREAD PUDDING....=)

PUDING ROTI KUKUS



Selepas Maghrib kelmarin tiba-tiba rasa nak makan puding pulak. Tapi nak masak puding ape ye?
Wait a minute...........!!
hehe..idea dah datang bila tertengok roti yang tinggal suku bungkus lagi atas meja makan. Mujur belum expired lagi. Yes, jom baby ikut ibu buat puding roti memandangkan Fresh Milk dengan telur pun ada..
Ha! Cheese pun ada jugak, so, kita buat kelainan kat puding kita. Biasanya ibu wat puding roti butter, hari ni ibu nak masak puding roti berkeju la. Jom!!!!!!

Bahan-bahan yang diperlukan:
  1. roti potong - 1/2 bungkus (dikoyak sederhana kecil)
  2. susu segar - 2 cawan
  3. susu pekat manis - 4 sudu besar (boleh gantikan dengan gula atau madu)
  4. keju - 5 slices (koyakkan kecil-kecil)
  5. telur - 2 biji
 Cara membuatnya:
  • masukkan roti yang telah dikoyak ke dalam mangkuk besar bersama susu segar sebanyak 2 cawan. Jika roti tadi tidak boleh dikacau selepas ditambahkan susu, campurkan lagi sedikit susu secukupnya.
  • tambahkan susu pekat manis serta keju dan kacaukan sehingga sebati. Jika terlalu manis, sukatan susu boleh dikurangkan.
  • kemudian, masukkan telur dan kacau sehingga sebati dan adunan ini boleh dikukus selama 45 minit.
Ok, dah siap dah puding roti berkeju ni.
Selamat mencuba....

Sunday, January 16, 2011

homemade currypuff


BAHAN-BAHAN:

Inti:
  1. bawang merah - 5 ulas, dikisar
  2. bawang putih - 3 ulas, dikisar
  3. halia - 1/2 inci, dikisar
  4. bawang besar - 1/2 ulas, dihiris
  5. cili giling - 2 sudu
  6. serbuk kari - 2 sudu besar
  7. daun kari - 1 tangkai
  8. daging cincang - 200 gram (agk2 dlm suku plastik minced beef cap Ramli)
  9. daun sup - dihiris 
  10. kentang - 2 biji, potong dadu
  11. serbuk lada hitam - secukup rasa
  12. garam,gula, perasa - secukup rasa
  13. air
 Pastri @ kulit:
  1. tepung gandum - 3 cawan
  2. mentega @ marjerin - 5 sudu besar
  3. garam - 1 sudu kecil
  4. air sejuk - secukunya (x sukat la td, agk2 la supaya jd seketul doh)
Cara membuatnya:
  • tumiskan bahan-bahan yg dikisar dengan serbuk kari, daun kari, bawang besar dan cili giling sehingga terbit bau.
  • masukkan kentang yg telah didadu dan air. Kacau dan tunggu sehingga mendidih.
  • kemudian masukkan daging cincang dan kacau sehingga sebati.
  • keringkan intinya dan masukkan daun sup serta garam, gula dan perasa secukup rasa.
  • kemudian, sejukkan dan bolehlah diisikan dalam pastri yg telah disediakan dan digoreng sehingga kekuningan.
* Siap.......dan boleh makan.....
* Terima kasih yang teramat sangat kepada suami tersayang yang menjadi pengelim karipap terbaik...

Thursday, January 13, 2011

spagethi's night...WALLA......

dah 2 hari aku tak masak tuk makan malam..petang td terasa nak makan spegeti sgt2.Boleh teringat spegeti time guide students tuk latihan rumah sukan plak tu.kihkih....hurm2, teringat sepaket pasta 'vercimelli' (betul ke ejaan dia ni..hikhik..) dan setin sos Prego yang baru hubby belikan masa shopping barang dapur untuk minggu ni..
So, menu dinner malam ni ialah Spagethi Me and U..haha..best tak nama spegeti aku..sangat mudah dan ringkas.
Bawang besar, bawang putih dengan halia dah siap aku kupas last weekend, so makin cepat la keje memasak aku..orait, jom kita masak spegeti yang ringkas dan mudah ni.

BAHAN-BAHAN:
  1. pasta vercimelli - 1/2 paket
  2. bawang besar Holland - 1 biji (potong dadu)
  3. bawang putih - 4 ulas (potong dadu)
  4. halia - sikit je, lebih kurang 0.5 cm (dadu jugak)
  5. daging cincang - suku paket je (boleh tukar dengan ayam)
  6. buah tomato - 1 biji (potong dadu)
  7. cendawan shitake segar - 6 kelopak (hiris sederhana halus)
  8. sos Prego - 1 tin kecil
  9. puri tomato - 1 tin kecil
  10. brokoli - 1 kuntum (potong sederhana halus)
  11. lobak merah - 1 batang (hiris panjang dan halus-halus)
  12. serbuk lada hitam - secukup rasa
  13. garam, gula dan perasa secukup rasa.
CARA MEMBUAT NYA:
  1. Rebus pasta vercimelli sehingga masak 'ala dante' (betul ke ejaan ni), tidak terlalu masak. Toskan dan gaul dengan sedikit mentega.
  2. Untuk membuat kuah, mula-mula satukan hirisan bawang besar, bawang putih, halia, buah tomato, sos Prego, puri tomato, cendawan, daging cincang dan serbuk lada hitam ke dalam periuk dan masakkan sehingga mendidih.
  3. Sewaktu mendidih masukkan sedikit keju untuk memekatkan kuah. 
  4. Perasakan kuah spegeti dengan garam, gula dan sedikit perasa jika perlu.(dah siap......=])
  5. Celur brokoli seketika dalam air panas dan toskan. (siap untuk dimakan dengan pasta dan kuahnya)
Dah pun siap..mudahkan..
"Abang, spegeti dah siap........"................hihihi

SELAMAT MENCUBA

Tuesday, January 11, 2011

1 FOKUS

Musim persekolahan bermula lagi. Wah.......nampaknya aku jadi guru tingkatan bagi murid tingkatan 1. Dan nama kelas tersebut ialah 1 FOKUS.
Semasa hari pendaftaran semua murid kelihatan baik-baik, takut-takut. Alhamdulillah, comel-comel semuanya.

to be continued....jeng-jeng

CUTI-CUTI disember 2010



bermalas-malasan di rumah.....

tendangan baby kuat betul pagi ni...
huish......
relaks baby, mama x keje hari ni.......
good boy/girl..dia kejutkn ibu dia solat subuh sebenarnya.....
teringat plak pesan hubby mlm td, nk mkn nasik goreng pg ni...
.......................................................................pas solat.........................................................................
jom baby, tlg mama msk nasi goreng tuk papa....
nasi goreng CAMPAK-CAMPAK namanyer....

haha.......

bahan-bahan tuk NASI GORENG CAMPAK-CAMPAK:
  1. nasi - lebih kurang 5 senduk @ 500 gram..(nasi sejuk lebihan dinner)
  2. ikan bilis - 100 gram (goreng dulu)
  3. telur ayam - sebiji je
  4. bawang merah - 5 ulas (hiris / mayang halus2)
  5. cili merah - 1 tangkai (potong nipis)
  6. cili kering giling - 2 sudu besar
  7. kacang panjang - 2 btg (potong serong2)
  8. kicap lemak manis - secukupnyer......
  9. garam/ gula/ perasa - secukupnyer......
cara membuatnyer:
  1. tumiskan bawang merah, cili merah dan cili giling sehingga garing dan terbit bau....
  2. kemudian, masukkn telur ayam dan goreng sehingga telur menjadi hancur sedikit...
  3. masukkan nasi putih dan gorengkn sehingga sebati dengan bahan-bahan tumisan td.....
  4. tambahkan sedikit kicap lemak manis serta ikan bilis ke dalam nasi dan masukkan kacang panjang yg telah dihiriskn bersama..
  5. perisakn nasi goreng ni dengan garam, gula dan perisa secuku rasa......
  6. akhirnya, Walla.................nasi goreng yg mudah dan ringkas sudah tersedia......
selamat mencuba.......
(mudah bukan....dalam sajian nasi goreng ini terdapat karbohidrat [nasi], protien [telur], iodin dan iron [ikan bilis], dan serat [kacang panjang serta cili merah])