Thursday, January 20, 2011

EASY CHEESY BREAD PUDDING....=)

PUDING ROTI KUKUS



Selepas Maghrib kelmarin tiba-tiba rasa nak makan puding pulak. Tapi nak masak puding ape ye?
Wait a minute...........!!
hehe..idea dah datang bila tertengok roti yang tinggal suku bungkus lagi atas meja makan. Mujur belum expired lagi. Yes, jom baby ikut ibu buat puding roti memandangkan Fresh Milk dengan telur pun ada..
Ha! Cheese pun ada jugak, so, kita buat kelainan kat puding kita. Biasanya ibu wat puding roti butter, hari ni ibu nak masak puding roti berkeju la. Jom!!!!!!

Bahan-bahan yang diperlukan:
  1. roti potong - 1/2 bungkus (dikoyak sederhana kecil)
  2. susu segar - 2 cawan
  3. susu pekat manis - 4 sudu besar (boleh gantikan dengan gula atau madu)
  4. keju - 5 slices (koyakkan kecil-kecil)
  5. telur - 2 biji
 Cara membuatnya:
  • masukkan roti yang telah dikoyak ke dalam mangkuk besar bersama susu segar sebanyak 2 cawan. Jika roti tadi tidak boleh dikacau selepas ditambahkan susu, campurkan lagi sedikit susu secukupnya.
  • tambahkan susu pekat manis serta keju dan kacaukan sehingga sebati. Jika terlalu manis, sukatan susu boleh dikurangkan.
  • kemudian, masukkan telur dan kacau sehingga sebati dan adunan ini boleh dikukus selama 45 minit.
Ok, dah siap dah puding roti berkeju ni.
Selamat mencuba....

3 comments:

Yantieazan said...

wah! harus cuba ni..;)

emma amyus said...

cam bes!!!nk try gak,,akak dh ada blog,,besnye,,i know ur dream,,hehe,,mg 1 day dpt bkak kdai sndiri,,hehe

rashid said...

Waw..resepi ni kalau aku buat, azuan suka ni..ha2