Monday, August 16, 2010

IKAN SINGGANG?!!

Assalamualaikum rakan-rakan pembaca.
First time b'blogging ni.Alhamdulillah, Allah memanjangkan usia kita untuk mengecapi nikmat Ramadhan tahun ini. Selamat Berpuasa di Bulan Ramadan kali ini saya ucapkan untuk semua. 
Ramadhan kali ini sungguh berbeza. Seronok dapat meneruskan ibadah puasa bersama suami tersayang dan bayi dalam kandungan. 
Berpuasa bersama suami tercinta adalah pengalaman pertama kali dalam hidup saya. Pada hari kedua Ramadhan, saya telah menyediakan lauk Ikan Singgang untuk berbuka puasa. Suami merupakan orang Nogori, jarang sekali makan lauk ini, jadi ini merupakan satu sesi 'perkenalan' antara suami dan lauk dari Pantai Timur ini.
Mula-mula suami saya agak pelik dengan lauk ini, namun selepas dicuba hurm.........dia asyik menghirup kuah Ikan Singgang yang saya sediakan.
Hehe..
Buat rakan-rakan pembaca berikut merupakan resipi Ikan Singgang Emak saya:

Bahan-bahan:
500 gram ikan tongkol (ikan aya) - 2 potongan
2 ulas bawang putih
1 cm kunyit
1/2 inci lengkuas
2 keping asam keping
1/2 liter air masak

Cara membuat:
  1. Racik bawang putih, kunyit dan lengkuas halus dan masukkan ke dalam periuk.
  2. Kemudian satukan ikan tongkol, asam keping dan air masak ke dalam periuk berisi bawang putih, kunyit dan lengkuas tadi.
  3. Renihkan ikan tersebut sehingga mendidih, kemudian perasakan dengan garam secukup rasa. 
  • jika perlu, anda boleh menambah perisa dengan meletakkan secubit perasa seperti serbuk Ajinamoto.