Sunday, January 16, 2011

homemade currypuff


BAHAN-BAHAN:

Inti:
  1. bawang merah - 5 ulas, dikisar
  2. bawang putih - 3 ulas, dikisar
  3. halia - 1/2 inci, dikisar
  4. bawang besar - 1/2 ulas, dihiris
  5. cili giling - 2 sudu
  6. serbuk kari - 2 sudu besar
  7. daun kari - 1 tangkai
  8. daging cincang - 200 gram (agk2 dlm suku plastik minced beef cap Ramli)
  9. daun sup - dihiris 
  10. kentang - 2 biji, potong dadu
  11. serbuk lada hitam - secukup rasa
  12. garam,gula, perasa - secukup rasa
  13. air
 Pastri @ kulit:
  1. tepung gandum - 3 cawan
  2. mentega @ marjerin - 5 sudu besar
  3. garam - 1 sudu kecil
  4. air sejuk - secukunya (x sukat la td, agk2 la supaya jd seketul doh)
Cara membuatnya:
  • tumiskan bahan-bahan yg dikisar dengan serbuk kari, daun kari, bawang besar dan cili giling sehingga terbit bau.
  • masukkan kentang yg telah didadu dan air. Kacau dan tunggu sehingga mendidih.
  • kemudian masukkan daging cincang dan kacau sehingga sebati.
  • keringkan intinya dan masukkan daun sup serta garam, gula dan perasa secukup rasa.
  • kemudian, sejukkan dan bolehlah diisikan dalam pastri yg telah disediakan dan digoreng sehingga kekuningan.
* Siap.......dan boleh makan.....
* Terima kasih yang teramat sangat kepada suami tersayang yang menjadi pengelim karipap terbaik...

3 comments:

Nur Iman said...

Kak Durah...yummy2...sedap nyer....
Follow blog akak.Nnt boleh Iman masak utk hubby tersayang gak.hihi...

ema miea said...

akak,,sebijik mcm my mom buat,,kena try buat ni,,hehe.dl prnah tlg buat kat tepi tu,,hehe

nk try la..=)

WAN HADHURAH said...

iman: cube wat tau iman.kalu x pandai kelim tepi tu iman beli ke acuan kt kedai.

ema miea: yus ke ni?name u i kenal la..nnti perkenalkan diri ye..