Tuesday, August 17, 2010

JOM GI PENANG.........

Hai........
Jom kita buka puasa dengan suasana ke'Utara'an walaupun kita sekarang ni dekat selatan.....Hehe..macam mana tu?
Ha!!!
Apa lagi, kita buat je laksa penang. Laksa penang ni antara kegemaran emak dan abah saya di Terengganu. Mak saya memang pakar masak laksa ni.


LAKSA PENANG ALA GANU
BAHAN-BAHAN:
  • 1 kilo laksa beras
  • 1/2 kilo ikan selayang @ sardin (bukan sardin dalam tin ye)
  • 3 sudu besar cili giling
  • 1/2 biji nenas - dipotong kecil (seperti nak buat acar)
  • 20 batang daun kesum
  • 1 batang bunga kantan - hiris halus
  • 1 biji mangga muda - dihiris kasar (kalau di terengganu kitorang panggil buah pauh)
  • 1 1/2 inci belacan
  • 1 ulas bawang besar - untuk hiasan
  • salad secukupnya- untuk hiasan
  • cili padi secukupnya - untuk hiasan
  • limau kasturi secukupnya - untuk hiasan
  • timun batang - untuk hiasan 
CARA MEMBUATNYA:
  1. Rebus ikan selayang di dalam periuk. Selepas mendidih, keluarkan ikan yang direbus dan ambil isi ikan tersebut.
  2. Tumbuk isi ikan sehingga hancur dan campurkan dengan seketul belacan. Tumbuk sehingga hancur dan sebati semuanya.
  3. Masukkan semula isi ikan yang telah ditumbuk ke dalam periuk berisi air rebusan ikan tadi. 
  4. Masukkan cili giling bersama dan kacau sehingga sebati.
  5. Sebelum mendidih, masukkan daun kesum dan bunga kantan yang telah dihiris tadi. Masak sehingga mendidih.
  6. Setelah mendidih, masukkan mangga muda dan hirisan nenas ke dalam kuah tersebut. Kacau lagi kuah tersebut untuk beberapa minit.
  7. Perasakan kuah tersebut dengan garam dan penambah perisa secukup rasa. Jika anda sukakan kuahnya agak manis-manis buah anda boleh tambah secubit gula ke dalam kuah laksa tersebut.
  8. Hidangkan bersama laksa beras beserta ulam-ulam seperti dalam salad, timun, cili padi dan hirisan bawang.
- untuk lebih sedap dan wangi anda boleh menghidangkan bersama daun pudina. Daun salad boleh juga diganti dengan daun selom dan kobis.


SELAMAT MENCUBA!!!!!!!!

Monday, August 16, 2010

IKAN SINGGANG?!!

Assalamualaikum rakan-rakan pembaca.
First time b'blogging ni.Alhamdulillah, Allah memanjangkan usia kita untuk mengecapi nikmat Ramadhan tahun ini. Selamat Berpuasa di Bulan Ramadan kali ini saya ucapkan untuk semua. 
Ramadhan kali ini sungguh berbeza. Seronok dapat meneruskan ibadah puasa bersama suami tersayang dan bayi dalam kandungan. 
Berpuasa bersama suami tercinta adalah pengalaman pertama kali dalam hidup saya. Pada hari kedua Ramadhan, saya telah menyediakan lauk Ikan Singgang untuk berbuka puasa. Suami merupakan orang Nogori, jarang sekali makan lauk ini, jadi ini merupakan satu sesi 'perkenalan' antara suami dan lauk dari Pantai Timur ini.
Mula-mula suami saya agak pelik dengan lauk ini, namun selepas dicuba hurm.........dia asyik menghirup kuah Ikan Singgang yang saya sediakan.
Hehe..
Buat rakan-rakan pembaca berikut merupakan resipi Ikan Singgang Emak saya:

Bahan-bahan:
500 gram ikan tongkol (ikan aya) - 2 potongan
2 ulas bawang putih
1 cm kunyit
1/2 inci lengkuas
2 keping asam keping
1/2 liter air masak

Cara membuat:
  1. Racik bawang putih, kunyit dan lengkuas halus dan masukkan ke dalam periuk.
  2. Kemudian satukan ikan tongkol, asam keping dan air masak ke dalam periuk berisi bawang putih, kunyit dan lengkuas tadi.
  3. Renihkan ikan tersebut sehingga mendidih, kemudian perasakan dengan garam secukup rasa. 
  • jika perlu, anda boleh menambah perisa dengan meletakkan secubit perasa seperti serbuk Ajinamoto.