KONGSI RESIPI

Herm, 4 Ramadhan lalu (14 Ogos) saya dan suami berbuka bersama-sama adik beradik yang tinggal di KL.
Kakak saya sebagai tuan rumah telah menyediakan juadah berbuka puasa yang memang lazat, iaitu nasi ayam dan mee sup ayam.....
Sedap tak terkata.
Jom kita kongsi resipi Nasi Ayam versi Kak Aju (kakak saya).

NASI AYAM KAK AJU

BAHAN-BAHAN A (nasi):
  • 7 cawan beras (bersihkan & toskan)
  • 1 kiub pati ayam Maggi
  • 1 ulas bawang besar (hiris bulat-bulat)
  • 4 ulas bawang putih (mayang halus)
  • 2 inci halia (hiris panjang)
  • 2 helai daun pandan 
  • 7 cawan stok ayam (air rebusan ayam)
  • 3 sudu besar mentega
- jika ingin nasi yang lebih wangi, anda boleh tambahkan 2 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga dan 5 kuntum cengkih. 

BAHAN-BAHAN B (sup):
  • 2 ekor ayam (potong 12 dan rebus, ambil air rebusan)
  • 2 bunjut rempah sup bunjut
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 7 ulas bawang putih (mayang halus)
  • 1 inci halia(hiris panjang)
  • sedikit minyak - untuk menggoreng
  • daun sup dan daun bawang - untuk hiasan
BAHAN-BAHAN C (ayam):
  • 2 ekor ayam (yang sudah direbus) 
  • 5 sudu besar sos tiram
  • 10 sudu besar kicap manis
  • minyak - untuk menggoreng
BAHAN-BAHAN D (sambal cili):
  • 5 tangkai cili merah
  • 10 tangkai cili padi (boleh kurangkan jika tak suka pedas)
  • 1 1/2 inci halia (mayang halus)
  • 4 ulas bawang putih (mayang)
  • gula dan garam secukup rasa
  • cuka secukup rasa 
A. CARA MEMBUAT (nasi):
  1. Tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia dengan menggunakan mentega. Setelah wangi dan kekuningan masukkan ke dalam periuk nasi yang berisi beras yang telah dibersihkan.
  2. Kemudian, masukkan 7 cawan stok ayam ke dalam periuk. Masukkan daun pandan bersama, secubit garam serta kiub pati ayam Maggi dan tanak seperti biasa.
B. CARA MEMBUAT (sup):
  1. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bawang putih dan halia yang telah dihiris sehingga kekuningan dan wangi.Kemudian, masukkan ke dalam air rebusan ayam.(tinggalkan leher dan kepak ayam bersama air rebusan)
  2. Masukkan bunjut sup ayam dan renihkan sehingga mendidih.
  3. Setelah mendidih perasakan dengan garam dan penambah perisa secukp rasa.
  4. Hiaskan dengan hirisan daun sup dan daun bawang serta sedikit bawang goreng.
C. CARA MEMBUAT (ayam):
  1. Perap ayam yang telah direbus bersama sos tiram, kicap manis dan sedikit serbuk lada hitam jika anda suka.
  2. Kemudian goreng seperti biasa.
- anda dicadangkan untuk mengetuk sedikit ayam yang sudah digoreng supaya mudah untuk dimakan. (actually, ini yang biasa kitorang buat kat rumah)
- anda juga boleh mengambil kicap baki perapan ayam sebagai sos kicap. Anda hanya perlu menambahkan sedikit bawang putih yang telah didadu halus ke dalamnya.
    D. CARA MEMBUAT (sambal cili):
    1. Kisar cili merah, cili padi, halia, bawang putih dan gula sehingga hancur.
    2. Kemudian masukkan bahan yang dikisarkan ke dalam mangkuk berisi cuka. Tambahkan garam dan cuka sekiranya anda suka lebih masam. Kacau semua bahan sehingga sebati.
    - sekirannya anda suka masam, anda juga boleh perahkan 2 biji limau kasturi ke dalam sambal cili tersebut.

    SELAMAT MENCUBA!!!!!!!!!!!!!